Hai semua... Rasanya kalau belajar dekat IPT mungkin ada sesetangah daripada kalian yang akan ada perasaan untuk drop certain subjek. Aku takdelah nak drop tapi situasi ni pernah berlaku dekat classmates aku. Nostalgia juga la benda ni sebab kebanyakan classmates aku macam nak drop subjek ni waktu study dulu sebab memang agak susah kalau tak faham concept dan formula. Nak tahu subjek apa? Nama kos ni adalah Managerial Economics (ME).
Subjek ni even aku pon tak dapat nak score. Masa awal-awal diperkenalkan dengan subjek ni, bila waktu kuliah semua blurr. Dengan aku sekali menganga. Formula pusing-pusing tapi dapat jawapan tu jugak. Jalan kerja pendek dapat jawapan tu, jalan kerja panjang pun jawapan tu juga. Persoalan waktu tu, bilanya nak guna formula A dan bilanya nak guna formula B. Waktu kuliah dan tutorial konon boleh buat la sebab tanya-tanya pensyarah semua. Tapi bila suruh buat sendiri, hancur jugak la. Nampak sangat tak faham waktu dalam kuliah. Hehehe.
Sampai satu tahap tu, pensyarah ada bagi satu kata-kata yang kalau tak kuat semangat memang akan down..Nak tahu apa ayatnya ni? Gini....
"Kalau macam ni kamu belajar, In shaa Allah kamu akan FAIL exam nanti",
Ppppeeerrrgghhh... Ni kalau tak kuat semangat ni memang hancur punah harapan. Terkejut, cuak, gabra, takut semua ada..(bukan lebih kurang je ke semua tu?)
Nak dijadikan cerita, kebanyakan kawan-kawan aku memang down la masa tu. Mindset semua dah memang negatif terus dan kemudian timbullah perasaan nak drop subjek tu. Satu hari kitorang semua (satu kelas) pergi makan dekat luar. Masa tu masing-masing tanya sesama sendiri sama ada nak drop ke tak subjek tu. Diorang tanya aku jugak. Nak tahu aku jawab apa? Agak-agak aku jawab apa? Hahahaha..
Jawapan aku adalah TIDAK. Aku taknak drop sebab aku ambil kata-kata pensyarah tu sebagai satu cabaran untuk aku. Aku kata gini kat kawan-kawan aku,
"Korang janganlah down kalau Puan cakap macam tu. Anggap kata-kata Puan tu sebagai pembakar semangat korang.Saya rasa puan cakap macam tu saja je nak tengok semangat kita. Kita kena ambil benda tu sebagai sesuatu yang positif. Jangan down. Kita kena buktikan yang kata-kata Puan tu tak betul. Kita kena buktikan yang kita boleh buat subjek ni. Kalau kita drop pun, ada jaminan ke bukan Puan yang sama ajar sem depan? So, saya akan proceed dengan subjek ni. Taknak drop. Kita buat sama-sama".
Eceeewaahh..konon macam pakar motivasi la.. Kawan baik aku punya keputusan sama dengan aku sebab kami memang sehati sejiwa.
Kawan-kawan semua still fikir-fikir lagi la nak teruskan ke tidak.. Then, satu hari ni, ada sorang kawan aku ni, yang mana seorang top student kat kelas aku,pergi jumpa dengan Puan ni dan try slowtalk dengan Puan ni untuk betulkan segala konflik yang berlaku. Alhamdulillah semuanya berjaya diselesaikan, saling bermaafan dan akhirnya kami semua mengambil keputusan untuk tak drop subjek ni.
Sampai waktu midterm...JENG3...Semua terkejut dengan result masing-masing sebab semuanya ntah pape termasuk aku...hahahha.. Tapi at least ada yang dapat markah yang baik, iaitu kawan baik aku. Dia dapat high score... Alhamdulillah.
Then pensyarah tanya, "Puas hati tak dengan markah masing-masing?"
"Taaaaakkkkkkkk!!!!", jawab kami semua.

Tiba-tiba, semua dalam dilema..50-50 nak ambil balik midterm ke tak. Kawan aku tanya aku, "Solehah nak ambil balik tak midterm?". Aku jawabbbbbbbbbb...."Yup, nak ambil balik. In shaa Allah". Akhirnya semua ambil balik midterm kecuali kawan baik aku.
Dan untuk keputusan midterm kali kedua, Alhamdulillah semua dapat markah lebih baik termasuk aku.. Ada yang keputusan sama, tapi ok la tu daripada turun kan..

Akhirnya, semua lulus subjek ME ni.. Alhamdulillah... Ada hikmah untuk semua yang berlaku ni. Bersyukur sebab semua masih ada semangat untuk teruskan belajar subjek ni, berusaha bersungguh-sungguh dan Alhamdulillah semua lulus.
Jangan kita jadikan perkara negatif di sekeliling kita mempengaruhi diri kita. Kita perlu meneutraliskan semula perkara yang negatif kepada sesuatu yang positif. Kita perlu sentiasa kuat untuk menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran. Be strong!! Be happy!!! Mindset kena betulkan. Kena sentiasa yakin dengan diri. Belajar sungguh-sungguh. Tak faham, kena tanya pada yang pakar.
Lagi satu, pensyarah ni ada macam-macam cara nak approach student, jadi kita kena tahu macam mana nak adapt cara tu. Terima kasih kepada Puan yang mengajar kami ME. Kami semua lulus subjek ni. Hehehe.. Terima kasih juga kawan-kawan yang membantu untuk faham subjek ni. Belajar sama-sama, berjaya sama-sama.
Lagi satu, pensyarah ni ada macam-macam cara nak approach student, jadi kita kena tahu macam mana nak adapt cara tu. Terima kasih kepada Puan yang mengajar kami ME. Kami semua lulus subjek ni. Hehehe.. Terima kasih juga kawan-kawan yang membantu untuk faham subjek ni. Belajar sama-sama, berjaya sama-sama.
Allah sentiasa bersama kita. In shaa Allah.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment