Tuesday, 19 December 2017

Kerja sebagai Penolong Pendaftar N41

Assalamualaikum and good day everyone.

Post sebelum ni ada cerita pasal interview untuk Penolong Pendaftar (N41) dan waktu tu watashi cuma calon simpanan.

Pada hujung bulan Mac 2017 (29 haribulan), watashi dapat call dari IPTS ni yang mengatakan watashi dapat job ni dan minta datang untuk lapor diri esoknya. Guess what?? Waktu dia call tu, watashi dah dapat job lain da sebenanyer. Waktu tu dalam dilema gak la. At last I chose Penolong Pendaftar.

At first memang blurr jugak la coz memang takde ilmu untuk jawatan tu. Rupanya waktu tu watashi merupakan bos untuk 4 orang staff yang lain. Terkebil2 rase. Mana watashi reti nak mengarah orang ni. Tapi all staffs memang sangat membantu dan banyak ajar watashi. Great experience actually.

Bile da sesuaikan diri, baru kita nampak kesibukan as Penolong Pendaftar. Antara yang watashi buat waktu jadi Penolong Pendaftar Fakulti:

  • Uruskan bajet fakulti
  • Uruskan jadual tindakan kerja untuk staff dan pensyarah
  • Verify portion markah peperiksaan
  • Bantu uruskan program pelajar (consultation, etc)
  • Kena selalu alert dengan announcement untuk sampaikan pada pensyarah
  • Kena alert semua benda (sebab apa2 memang semua akan rujuk Penolong Pendaftar)
  • Buat kertas kerja dan laporan
  • Buat minit mesyuarat
  • Jaga jadual dekan
  • Buat slide presentation
  • Pastikan pensyarah daftar course dan select student dalam sistem
  • Pastikan pensyarah tanda kertas final exam dan provide markah dalam masa yang ditetapkan
  • Uruskan file
  • Provide information yang diperlukan oleh other department
  • Banyak lagi la sebenarnya.......

Sampai satu masa tu korang akan rasa macam baru masuk kerja tadi, tetiba dah nak balik. Betapa sibuknya dengan kerja-kerja yang ada sampai tak sedar da sampai waktu untuk balik..hehe

Watashi sepatutnya part time kat IPTS ni 3 bulan je tapi watashi dapat extend kerja kepada 5 bulan disebabkan oleh sebab musabab tertentu.

Habis kerja as Penolong Pendaftar, watashi terus masuk kerja as Executive Assistant pulak... Next post watashi citer ea.

Thanks for reading.

Wassalam.

Tuesday, 7 March 2017

View Ads Job for Cash (Job from Home)

Hi everyone. I just want to share about this job from home with you guys.
As we know, nowadays, people only work from home to make a full time job or to make side income money. One of the jobs is reviewing ads. There are lots of PTC sites out there. They give you cash for doing some offer, reviewing ads, referring people to the sites, clixgrid, and you also can rent the referral if you unable to get the direct referral.

Earning some cash from the PTC sites might need a high level of patience because most of the ads, will give you $0.001, $0.005, $0.02, $0.01 per ads click depending on the types of ads. If you have a good strategy to earn from these sites, you can earn $100 per week or maybe per day in no time.

 Every job needs work to do. You won’t become rich in a blink of eyes. You must do something in order to get something. Every hard work must have its beneficial. Just don’t give up. Some people were tired clicking these ads because the amount offered is not that high. However, if you keep clicking on the ads, there will be some profit you can make. Just be patience. It might take some time to increase the earning but it will be worth it after quite some time.

One of the most popular PTC site is Neobux. If you want to try this view ads job, you can click here ààà Neobux.com.

It is free to register. After completing your registration, you can start earning.
The concept is just like you saving money little by little. After a while, you will get lots of money. If you have high level of patience, you can try to do this job. Click the ads and get some money on this site ààà Neobux.com.


That is all for today. Thank you ^_^





7f98886ffdec9688abad381b741bbd7df8709e860dd3f29f1d

Friday, 3 March 2017

Pengalaman Temuduga Customer Service Professional (CSP)

Assalamualaikum and good day to everyone. Harini watashi nak kongsi sikit la pengalaman interview as CSP ni atau lebih dikenali sebagai inbound service. Generally, this job is to assist customer to solve their problem regarding product, billing or technical issue. Bergantung la pada jenis company or project yang korang join. Kalau watashi, interview CSP ni untuk satu company internet provider la dan sekarang ni da bertukar kepada telco. Base location CSP ni dekan Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Satu hari watashi dipanggil interview untuk jawatan CSP ni.

Watashi sampai lewat masa interview ni. SETENGAH JAM LEWAAAATTT!!!! Tapi takpela..watashi da roger awal-awal yang watashi akan lewat..
Sampai je kat sana, agen kat situ bawak watashi pergi tempat temuduga di Plaza VADS. Dekat sini boleh dikatakan memang kerja inbound la mostly. Setiap tingkat ada macam-macam project untuk jawatan ni.

Firstly, watashi kene tunggu dalam satu bilik ni. Ramai la jugak yang datang interview. Ada dua jawatan yang mai interview waktu ni. Satu CSP dan satu lagi untuk Live Chat.

Mula-mula kene isi borang. Biasala tu kan. Lepas tu ada ujian MCQ sikit. General question, grammar or mathematics. Yang bestnye sume jawapan uh agen yang tolong jawapkan. So, tak payah nak susah-susah la jawab soalan MCQ tu.
Next, ada typing test. Yang ni kite sendiri la yang kene buat. Nak tengok kelajuan typing kita berapa sebab jawatan ni setiap satu call at least kene ada satu report. Nak jadi CSP yang bagus, habis je satu call, report pon kene siap sekali. Siapa yang keje as CSP ni memang kene multitask. Kene laju. Tambah-tambah bila call queue, lagi kene bertambah-tambah laju. So, minimum typing speed untuk keje ni dalam 35wpm. Lagi banyak lagi bagus la. Untuk test ni watashi lepas dengan 40wpm. Siapa yang lepas test ni baru boleh proceed ke next session. Ada 3 attempts. Kalau tiga-tiga tak lepas, kene go back and practice then come again la.

Tunggu beberapa jam,barula dowang panggil untuk interview face to face.
Interview secara grouping and ada 2 orang interviewers / panels. Masa tu adala dalam 6-7 orang kot interview sekali.

Antara soalan yang ditanya sewaktu temuduga CSP ( waktu ni interview in English) :

  • Introduce yourself
  • What do you know about this company? And what about the product they sell?
  • Do you think this product is good?
  •  How about your transportation? Are you convenience to come here if you live far away?
  • Why do you choose this job?
  • Why do you quit your last job?


Ada lagi yang dowang tanya tapi watashi tak berapa ingat la pulok. Dah habis semua, maka tamatlah sudah sesi temuduga kami. Nak dijadikan citer, Alhamdulillah watashi dapat job ni. Esoknya terus ada training pukul 8am. Dari Cheras nak ke TTDI sakit gak la nak hadap jem. 2 jam gak la nak hadap pon. Watashi keje 6 bulan je sampai habis contract. Pastu berhenti. Kuang3. Tapi pengalaman memang best la.

Antara perkara yang kita boleh belajar dari job ni, ikot pengalaman watashi la kan:

  • ·         How to handle your customer
  • ·         How to control your emotion
  • ·         Improve your typing skill
  • ·         Improve your communication skill
  • ·         Improve your multitasking skill
  • ·         Learn about new system
  • ·         Learn about how to solve technical issue with your internet or device
  • ·         How to solve or assist customer problem
  • ·         How to probe customer issue
  • ·         Improve your listening skill


Banyak lagi sebenarnya yang boleh kita belajar. Senang citer, sume job mesti ada learning process nyer and banyak ilmu yang boleh kita ambil. Jadi, apa-apa pun, buat something kena bersungguh-sungguh, dan yang penting Lillahi Ta’ala.
Setiap usaha tu tiada yang sia-sia kan.


Okeyh, sekian sahaja untuk harini. Thank for reading guys.

Wednesday, 1 March 2017

Temuduga Penolong Pendaftar N41 (Sambilan)

Assalamualaikum semua.. Sihat? Emmm.. Hari ini watashi nak kongsikan sedikit tentang pengalaman watashi menjalani temuduga sebagai Penolong Pendaftar sambilan di salah sebuah IPTS. Kalau nak diikutkan, memang takde pengalaman bekerja sebagai penolong pendaftar ni. Jawatan ni pon dapat tahu dari pensyarah sendiri. Sebab ada staff yang nak cuti bersalin, so jawatan ni untuk gantikan staff ni la sementara dia cuti nanti. Sampai hari temuduga, ada tiga orang calon including me. Nervous tu tak payah cakap la. Nak terkeluar gak la rasa jantung ni. Sampai2 je kene isi borang. Lepas tu sorang2 dipanggil untuk interview. Mungkin disebabkan jawatan ni sambilan je, so xdela test semua bagai tu. Just general interview je.
Antara soalan yang ditanya waktu interview tu:

·         Perkenalkan diri – Jawab kene professional sikit. Jangan jwb macam budak darjah 1.
·         Apa yang awak tau pasal jawatan ni? Apa jobscope penolong pendaftar? – sebelum pergi mana-mana interview tu kene la wat study sikit pasal jawatan yang dipohon dan serba sedikit pasal company yang kita apply kerja tu. Yang ni watashi jwb general je. Sebab keje penolong pendaftar tersangatla banyak. Interviewer bagi watashi markah 2/10 je. Kuang3……
·         Ceritakan sikit mengenai pengalaman bekerja. Apa yang awak belajar daripada pekerjaan awak yang lepas? – Jawab la dengan berhati2. Jangan burukkan nama majikan yang lepas pula. Kene professional. Jangan emo lak tetiba.
·         Boleh bekerja bawah stress? Keje penolong pendaftar tahap stress boleh dikatakan tinggi – ikot la korg nyer cara nk handle stress guane. Watashi nyer previous job pon high stress jugak so, xde masalah la keje under pressure.. in shaa Allah..
·         Apa kelemahan awak? – jangan jujur sgt.. citer sikit2 je.. tapi jangan menipu pulak..
·         Kenapa kami kene terima awak untuk jawatan ni? – pandai2 la promote diri.. kui3..

Dan berakhirlah sesi temuduga watashi untuk jawatan penolong pendaftar sambilan ni. Masa sesi ni gak interviewer ni ada bagitau sikit jobscope penolong pendaftar ni. Since yang watashi apply ni penolong pendaftar fakulti, so major nyer bkenaan fakulti la.
Antara jobscope penolong pendaftar fakulti:


  ü  Urus kemasukan student
  ü  Urus perkara yang berkaitan dengan staff (pengambilan, pembuangan, naik pangkat, gaji, etc)
  ü  Urus bajet fakulti
  ü  Memastikan rekod akademik pelajar adalah tepat (program, course, result, etc)
  ü  Hadir semua meeting dan kene buat minit mesyuarat
  ü  Proposal, urus tender, etc
  ü  Ad hoc job
  ü  Uruskan bahagian graduasi pelajar
  ü  Penetapan bilik pensyarah 
  ü  Dan banyaaaaaakkkkkkk lagiiiiii……..


Sebab tula keje ni agak tinggi stress level nyer. Expectation untuk jawatan ni pon sangat tinggi. Nak dijadikan cerita, watashi tak dapat pon jawatan ni. Watashi jadi calon simpanan gitu. Apa-apa pon semua yang kita lalui ni kita perlu jadikan sebagai suatu pengalaman yang dapat menggerakkan kita satu langkah ke hadapan. Kipidap! Dongibab!


Sekian sahaja untuk entry kali ni. Any new story, I will update later. In shaa Allah. Thanks for reading guys.