Assalamualaikum semua.. Sihat? Emmm.. Hari ini watashi
nak kongsikan sedikit tentang pengalaman watashi menjalani temuduga sebagai
Penolong Pendaftar sambilan di salah sebuah IPTS. Kalau nak diikutkan, memang
takde pengalaman bekerja sebagai penolong pendaftar ni. Jawatan ni pon dapat
tahu dari pensyarah sendiri. Sebab ada staff yang nak cuti bersalin, so jawatan
ni untuk gantikan staff ni la sementara dia cuti nanti. Sampai hari temuduga,
ada tiga orang calon including me. Nervous tu tak payah cakap la. Nak terkeluar
gak la rasa jantung ni. Sampai2 je kene isi borang. Lepas tu sorang2 dipanggil
untuk interview. Mungkin disebabkan jawatan ni sambilan je, so xdela test semua
bagai tu. Just general interview je.
Antara soalan yang ditanya waktu interview tu:
·
Perkenalkan
diri – Jawab kene professional sikit. Jangan jwb macam budak darjah 1.
·
Apa
yang awak tau pasal jawatan ni? Apa jobscope penolong pendaftar? –
sebelum pergi mana-mana interview tu kene la wat study sikit pasal jawatan yang
dipohon dan serba sedikit pasal company yang kita apply kerja tu. Yang ni watashi
jwb general je. Sebab keje penolong pendaftar tersangatla banyak. Interviewer
bagi watashi markah 2/10 je. Kuang3……
·
Ceritakan
sikit mengenai pengalaman bekerja. Apa yang awak belajar daripada pekerjaan
awak yang lepas? – Jawab la dengan berhati2. Jangan burukkan nama
majikan yang lepas pula. Kene professional. Jangan emo lak tetiba.
·
Boleh bekerja bawah
stress? Keje penolong pendaftar tahap stress boleh dikatakan tinggi – ikot
la korg nyer cara nk handle stress guane. Watashi nyer previous job pon high
stress jugak so, xde masalah la keje under pressure.. in shaa Allah..
·
Apa
kelemahan awak? – jangan jujur sgt.. citer sikit2 je.. tapi jangan
menipu pulak..
·
Kenapa
kami kene terima awak untuk jawatan ni? – pandai2 la
promote diri.. kui3..
Dan berakhirlah sesi temuduga watashi untuk jawatan
penolong pendaftar sambilan ni. Masa sesi ni gak interviewer ni ada bagitau
sikit jobscope penolong pendaftar ni. Since yang watashi apply ni penolong
pendaftar fakulti, so major nyer bkenaan fakulti la.
Antara jobscope penolong pendaftar fakulti:
ü Urus kemasukan student
ü Urus perkara yang berkaitan dengan staff (pengambilan,
pembuangan, naik pangkat, gaji, etc)
ü Urus bajet fakulti
ü Memastikan rekod akademik pelajar adalah tepat
(program, course, result, etc)
ü Hadir semua meeting dan kene buat minit mesyuarat
ü Proposal, urus tender, etc
ü Ad hoc job
ü Uruskan bahagian graduasi pelajar
ü Penetapan bilik pensyarah
ü Dan banyaaaaaakkkkkkk lagiiiiii……..
Sebab
tula keje ni agak tinggi stress level nyer. Expectation untuk jawatan ni pon
sangat tinggi. Nak dijadikan cerita, watashi tak dapat pon jawatan ni. Watashi
jadi calon simpanan gitu. Apa-apa pon semua yang kita lalui ni kita perlu
jadikan sebagai suatu pengalaman yang dapat menggerakkan kita satu langkah ke
hadapan. Kipidap! Dongibab!
Sekian
sahaja untuk entry kali ni. Any new story, I will update later. In shaa Allah.
Thanks for reading guys.
No comments:
Post a Comment