Pada suatu hari, aku mempunyai kelas ganti pada waktu malam dan aku pergi ke kelas itu bersama kawan-kawanku. Kelas berjalan seperti biasa dan tiada apa-apa yang mencurigakan ketika itu. Aku dan kawan-kawanku juga berkelakuan seperti biasa.
Apabila tamat sesi perkuliahan aku berjalan pulang bersama dua orang lagi kawanku. Pada waktu itu terdapat banyak booth yang dibuka kerana mempunyai satu program besar di kolejku. Kawan-kawanku ingin singgah membeli makanan dan aku hanya ikuti mereka. Aku tidak mengesyaki apa-apa kerana pada waktu itu aku merasakan perkara ini hanyalah perkara biasa dan kami turut berjumpa dengan kawan-kawan sekelas yang lain.
Selesai membeli makanan, salah seorang dari kawanku berkata ingin membeli air di cafe tingkat atas.
"Jom beli air kat atas jap...", kata kawanku.
Aku bertanya jika cafe masih buka kerana jam telah menunjukkan hampir pukul 11.00 malam dan kebiasaannya cafe telah tutup. Kawan-kawanku berkata..
"Kita tengok la sekejap dekat atas tu. Kalau takda, kita balik".
Aku hanya mengikut sahaja sambil bermain telefon. Dan setelah sampai di tingkat atas yang hanya berfokuskan kepada telefonku, tiba-tiba aku terdengar suara orang ramai menyanyikan......
"ALLAH SELAMATKAN KAMU..... ALLAH SELAMATKAN KAMU.....ALLAH SELAMATKAN NUR SOLEHAH....ALLAH SELAMATKAN KAMU...."
Aku terduduk terkejut bercampur gembira dan terharu. Aku tidak pernah menyangkakan sambutan hari lahir ketika itu. Malah, aku tidak ambil peduli atau ingat tarikh hari lahirku. Pada ketika itu, seluruh teman sekelasku berada di situ. Itu merupakan sambutan paling mengejutkan yang pernah aku alami. Kami semua meraikan dengan penuh gembira.
TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABATKU. INI MERUPAKAN MEMORI YANG INDAH UNTUK AKU INGATI SAMPAI BILA-BILA.
BBAEC IN MEMORIES..........LOVE YOU GUYS......
No comments:
Post a Comment